Tuesday, August 28, 2012

Tanpa Ekaristi, tidak akan ada Gereja Katolik. Takkan dapat memisahkan orang Katolik dengan Misa Ekaristi dan ini sama mustahilnya seperti memisahkan orang Katolik yang baik dengan Sakramen Tobat. *"Age quod agis!"--"Lakukan apa yang (harus) kau lakukan." [+In Cruce Salus, Pada Salib Ada Keselamatan. ~Thomas A Kempis. 'De Imitatione Christi', II, 2, 2] *Maksudnya ialah, lakukanlah sebaik mungkin apa yang dilakukan. Keterangan gambar: Mendiang beato Paus Yohanes Paulus 2 menerima Komuni DI LIDAH dengan BERLUTUT, dari tangan imam: +Joseph Kardinal Ratzinger, kini Paus Benediktus XVI yang kita kasihi.

Ekaristi-Sumber Kehidupan

Ekaristi-sumber kehidupan. Ada pendapat menyatakan bahawa pengertian ekaristi, secara tidak langsung boleh disamakan dengan makanan (dalam kehidupan seharian). Kepentingan makan dalam hidup, adalah sama dengan perayaan / upacara ekaristi dalam misa kudus dan ibadat sabda. Ia adalah inti hidup, yang memberi kekuatan kepada manusia. Manakala di dalam perayaan misa kudus atau ibadat sabda, ekaristi diupacarakan pada bahagian akhir, iaitu selepas pengakuan dosa, perkhabaran sabda, homili, syahadat dan sebagainya. Dalam erti kata lain, menjamah 'makanan' dilakukan pada peringkat tertinggi perayaan misa atau ibadat sabda - klimaks - kepercayaan, kerendahan hati kita untuk menerima roti yang diberi oleh Tuhan, iaitu sama seperti yang dilakukan Yesus 2 ribu tahun yang lalu kepada pengikutnya.
Apa yang pasti, 'makanan' jiwa, roh ini adalah untuk menyatakan secara sah bahawa kita memilih untuk menjadi pengikut Kristus, memilih untuk mengamalkan teras ajaran Kristian iaitu mengasihi. Kita memilih untuk mengasihi sesama, menyayangi insan lain secara ikhlas. Ada kalanya, sebagai umat, insan, - kita juga berputus asa, dan seringkali memandang secara negatif orang lain, sama ada secara luaran mahupun dalaman. Hal inilah yang menjadikan 'santapan ekaristi' ini penting. Sekurang-kurangnya, seminggu sekali kita memakan atau menjamah makanan roh atau jiwa ini. Hal ini dilakukan dan menjadi amalan kita untuk memberi kesedaran, ketenangan dalaman kita, terutama - iman. Apa yang pasti, kita berpeluang untuk merayakan Ekaristi sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ia seakan suatu putaran, selama seminggu putaran tersebut berlaku dengan perayaan Ekaristi menjadi teras. Dalam dunia yang mementingkan material, dengan pengaruh teknologi, kita perlu bersedia untuk beradaptasi - asimilasi - agar kekuatan iman kita akan terus subur berkembang sehinggalah waktunya Tuhan memanggil kita kembali kepadanya. Maka itu, Ekaristi - ia adalah pusat iman kita - terhadap kepercayaan kepada Bapa, Putera dan Roh Kudus. Fratres, EKARISTI SEBAGAI MAKANAN Renungkanlah bahwa di dalam kebanyakan kebudayaan, saat makan merupakan waktu dan kesempatan istimewa. "Bene qui latuit bene vixit!--"Ia yang tak menarik perhatian orang lain, hidup nyaman." [+In Cruce Salus, Pada Salib Ada Keselamatan. ~Thomas A Kempis. 'De Imitatione Christi', II, 2, 2]

Monday, August 27, 2012

IMAN merupakan HADIAH yang tidak dapat DIPERDAGANGKAN. Tidak ada nilai mata wang dunia yang dapat membelinya. IMAN hanya dapat dikongsikan dengan orang lain agar ia dapat bertumbuh.

Bermula Sekali Lagi Bersama Yesus Kristus

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam damai kepada semua.

Umat di Kg. Laboi mengucapkan selamat tahun baru 2012 dan semoga cahaya Kristus sentiasa menerangi kehidupan kita semua, amen.
Marilah kita berdoa untuk keamanan dunia, kedamaian, kesenangan dan kebahagiaan untuk semua orang, tanpa mengira kaum, kepercayaan dan amalan. Marilah kita sekali lagi bermula bersama-sama iman kepada Kristus Tuhan untuk mengenakan kasih terhadap sesama. Berilah kasih sayang secara ikhlas kepada masyarakat. Marilah kita kembali kepada ajaran Kristus iaitu kasih sayang dan berbuat baiklah terhadap sesama, bantulah mereka yang memerlukan walaupun dengan senyuman.
Berilah salam kepada sesama manusia sebagai tanda cinta kasih kita untuk perdamaian. Mudah-mudahan kita akan menjadi pengikut Kristus yang baik.
Di samping itu, kita juga perlu lebih kuat berdoa untuk keselamatan dunia ini, dijauhkan daripada malapetaka-malapetaka, seperti yang diramal.

Semoga kita semua akan dapat mengharungi tahun 2012 ini dengan baik dan penuh kepercayaan, amen.

Wednesday, January 12, 2011

Bantuan kepada Dr Paul Cavanagh

----- Forwarded Message ----
From: Paul Cavanagh
To: rajakijangmuda@yahoo.co
Sent: Tue, 11 January, 2011 12:50:50
Subject: child's grave

1)
Dear Fr Valentine,
I worked as medical officer in Beaufort Hospital in
1971. My baby son died there and was buried in the cemetery along the railway
line going towards K K. I will be visiting Beaufort from Ireland next month and
would like to visit his grave, but I need information. Is the cemetery still in
use or has the area been developed? Please let me know if you receive this
e-mail so that I know I have your correct address.

Your's sincerely
(Dr) Paul Cavanagh

2)
Dear Edren
Thank you for your e-mail. I was in Beaufort in 1971 and 1972.
Baby John Cavanagh was born in the hospital on 27th Dec 1971 and died on the
same day.The parish priest was away for a few days visiting outlying parishes so
was unable to conduct the funeral on 28th Dec., but did a blessing ceremony of
the grave a few days later in the Catholic cemetery. The grave had a wooden
cross inscribed with the words "Baby Dr Cavanagh"
I live in Ireland and am at present visiting my daughter and grandchildren in
New Zealand .I will be in Sabah for a week from 14th Feb.

Thank you for your help
your's sincerely
Paul Cavanagh