Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam damai kepada semua.

Umat di Kg. Laboi mengucapkan selamat tahun baru 2012 dan semoga cahaya Kristus sentiasa menerangi kehidupan kita semua, amen.
Marilah kita berdoa untuk keamanan dunia, kedamaian, kesenangan dan kebahagiaan untuk semua orang, tanpa mengira kaum, kepercayaan dan amalan. Marilah kita sekali lagi bermula bersama-sama iman kepada Kristus Tuhan untuk mengenakan kasih terhadap sesama. Berilah kasih sayang secara ikhlas kepada masyarakat. Marilah kita kembali kepada ajaran Kristus iaitu kasih sayang dan berbuat baiklah terhadap sesama, bantulah mereka yang memerlukan walaupun dengan senyuman.
Berilah salam kepada sesama manusia sebagai tanda cinta kasih kita untuk perdamaian. Mudah-mudahan kita akan menjadi pengikut Kristus yang baik.
Di samping itu, kita juga perlu lebih kuat berdoa untuk keselamatan dunia ini, dijauhkan daripada malapetaka-malapetaka, seperti yang diramal.

Semoga kita semua akan dapat mengharungi tahun 2012 ini dengan baik dan penuh kepercayaan, amen.

No comments:

Post a Comment