Tuesday, August 28, 2012
Ekaristi-Sumber Kehidupan
Ekaristi-sumber kehidupan.
Ada pendapat menyatakan bahawa pengertian ekaristi, secara tidak langsung boleh disamakan dengan makanan (dalam kehidupan seharian). Kepentingan makan dalam hidup, adalah sama dengan perayaan / upacara ekaristi dalam misa kudus dan ibadat sabda.
Ia adalah inti hidup, yang memberi kekuatan kepada manusia.
Manakala di dalam perayaan misa kudus atau ibadat sabda, ekaristi diupacarakan pada bahagian akhir, iaitu selepas pengakuan dosa, perkhabaran sabda, homili, syahadat dan sebagainya. Dalam erti kata lain, menjamah 'makanan' dilakukan pada peringkat tertinggi perayaan misa atau ibadat sabda - klimaks - kepercayaan, kerendahan hati kita untuk menerima roti yang diberi oleh Tuhan, iaitu sama seperti yang dilakukan Yesus 2 ribu tahun yang lalu kepada pengikutnya.
Apa yang pasti, 'makanan' jiwa, roh ini adalah untuk menyatakan secara sah bahawa kita memilih untuk menjadi pengikut Kristus, memilih untuk mengamalkan teras ajaran Kristian iaitu mengasihi. Kita memilih untuk mengasihi sesama, menyayangi insan lain secara ikhlas.
Ada kalanya, sebagai umat, insan, - kita juga berputus asa, dan seringkali memandang secara negatif orang lain, sama ada secara luaran mahupun dalaman. Hal inilah yang menjadikan 'santapan ekaristi' ini penting. Sekurang-kurangnya, seminggu sekali kita memakan atau menjamah makanan roh atau jiwa ini. Hal ini dilakukan dan menjadi amalan kita untuk memberi kesedaran, ketenangan dalaman kita, terutama - iman.
Apa yang pasti, kita berpeluang untuk merayakan Ekaristi sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ia seakan suatu putaran, selama seminggu putaran tersebut berlaku dengan perayaan Ekaristi menjadi teras.
Dalam dunia yang mementingkan material, dengan pengaruh teknologi, kita perlu bersedia untuk beradaptasi - asimilasi - agar kekuatan iman kita akan terus subur berkembang sehinggalah waktunya Tuhan memanggil kita kembali kepadanya.
Maka itu, Ekaristi - ia adalah pusat iman kita - terhadap kepercayaan kepada Bapa, Putera dan Roh Kudus.
Fratres,
EKARISTI SEBAGAI MAKANAN
Renungkanlah bahwa di dalam kebanyakan kebudayaan, saat makan merupakan waktu dan kesempatan istimewa.
"Bene qui latuit bene vixit!--"Ia yang tak menarik perhatian orang lain, hidup nyaman."
[+In Cruce Salus, Pada Salib Ada Keselamatan. ~Thomas A Kempis. 'De Imitatione Christi', II, 2, 2]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment